pencarian sumber maklumat , pencarian di perpustakaan , pengurusan maklumat , pelayaran internet dan sumber primer dan sumber sekunder

3.1 PENCARIAN SUMBER MAKLUMAT
Apa itu maklumat?

  • Data, bahan dan pengetahuan
  • Data yang tersusun dalam satu struktur yang  mempunyai makna
Definisi pencarian maklumat :
  • Aktiviti yang dilaksanakan secara terancang bagi mencari dan mendapatkan maklumat, bertujuan memenuhi sesuatu maklumat
  • Proses asas yang berkait rapat dengan proses pembelajaran dan penyelesaian masalah
Faktor mempengaruhi kebenaran maklumat :
  • Sifat berat sebelah penulis ataupun penerbit, kebolehpercayaan bahan rujukan yang digunakan oleh penulis dan faktor masa.
  • Unsur tokok tambah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
Sumber maklumat diperoleh daripada :
  • Manusia – guru, pakar bidang, pegawai sumber, orang awam, orang yang terlibat, ahli politik
  • Media Bercetak – bahan bertulis (buku, majalah, jurnal, artikel, laporan, memo, surat, kamus, surat khabar, laporan dan sebagainya)
  • Media tiga dimensi – model,  boneka, diorama, terrarium dan akuarium
p/s : Klik tulisan diorama untuk lihat contoh diorama
  • Media elektronik – audio visual ( radio, televisyen, video )
  • Sumber Persekitaran – bunyi, cahaya, warna, bau dan pergerakan
3.2 PENGURUSAN MAKLUMAT
 
Konsep pengurusan maklumat :
  • ilmu berkenaan kemahiran untuk menerima, mengesan, mengenalpasti, mendapat semula, menilai, menyusun dan menggunakannya pada masa yang perlu dan mengambil manfaat untuk diri dan orang lain
2 jenis bentuk maklumat:
  • hard copy – bahan cetakan : buku, jurnal, surat khabar, kamus
  • soft copy – Biasanya disimpan dalam komputer berbentuk folder-folder : e-book, e-jurnal

Cara Memperoleh Maklumat :

  • Formal – Maklumat formal adalah maklumat yang dihasilkan secara rasmi seperti arahan, memo, pekeliling, prosedur bertulis, laporan, artikel, tesis dan sebagainya.
  • Tidak Formal – Maklumat tidak formal adalah maklumat yang dihasilkan secara tidak rasmi seperti maklumat dalam facebook, blog, diari, catatan dan sebagainya.
3.3 PENCARIAN DI PERPUSTAKAAN
  • pencarian bahan di pusat sumber biasanya menggunakan Online Public Access Catalogue(OPAC) dan Electronic Query Using Internet Protokol (E-QUIP).
  • OPAC dan E-QUIP digunakan untuk mengesan lokasi buku yang diperlukan dalam perpustakaan.
  • Maklumat ilmiah dapat diperoleh melalui e-book, e-journal, ERIC, Pro-Quest, EbscoHost.
3.4 PELAYARAN INTERNET
 
3.5 SUMBER PRIMER DAN SUMBER SEKUNDER
 a. Sumber primer
  • maklumat asas yang diperoleh sendiri oleh penyelidik melalui temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik.
  • dapat diperoleh daripada bahan cetakan seperti artikel, jurnal, tesis dan laporan.
 b. Sumber sekunder
  • sumber maklumat yang diperoleh hasil tafsiran dan rumusan sumber primer.
  • Tujuan : dapat memenuhi kehendak topik yang dibincangkan dalam buku yang ditulisnya.
  • Contohnya ialah maklumat yang terdapat dalam buku teks, majalah, akhbar, laman web dan lain-lain lagi.
REFLEKSI
 
Dalam bab ini, saya telah mempelajari bagaimana untuk mencari dan memperoleh maklumat. Seperti yang kita sedia maklum, maklumat merupakan input yang diproses secara kognitif dalam mengembangkan ilmu pengetahuan di mana ilmu pengetahuan tersebut dapat menyelesaikan masalah atau membantu dalam membuat keputusan. Oleh itu, hasil daripada mempelajari bab ini, saya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian di mana saya mestilah mempunyai maklumat dalam menjalani kehidupan terutama ketika menghadapi sebarang masalah.

Selain itu, saya juga dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dengan memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber seperti media elektronik, media cetak dan sebagainya. Saya telah mengaplikasikan perkara ini ketika hendak menyelesaikan sesuatu tugasan. Saya juga tidak akan bergantung pada satu sumber sahaja kerana maklumat yang saya perolehi perlu tepat dan disokong ramai serta perlu mendapatkan kesahihan tentang sesuatu maklumat.

 

the incredibles 2 disney GIF

kalau tak reti buat nota , ni ha caranya

 

1.Annotation


Definisi – Catatan nota untuk memberi penjelasan dalam bentuk penerangan ringkas. Mengenai sesuatu kerja seperti artikel, bab buku, buku, laman web atau filem, penjelasan ni mestilah mempunyai maklumat bibliografi lengkap. Annotation ni juga boleh dibuat dengan menggariskan fakta, menandakan isi penting, menggunakan highlight, dan boleh juga menggunakan pelekat.
.2. Outline Notes

Maksud outline notes ini ialah membuat nota dengan menggunakan frasa dan kata kunci.

3. Column Notes

Adalah cara mengambil nota menggunakan format berbentuk lajur. Teknik ni lebih sesuai bagi  subjek Sains dan Matematik.

4. Nota rumusan

Nota rumusan ni bermaksud nota yang mempunyai semua maklumat yang telah diringkaskan dan ditulis dalam perenggan. Rumusan ini lebih fokuskan kepada isi penting.

kalau tak reti membaca , ni ha tekniknya

 

membaca— proses berfikir yang melibatkan pemikiran perkara tersurat, tersirat, menghubungkaitkan idea, menyoal dan bertindak balas dengan memberi idea dan mengaplikasikan maklumat baharu ke dalam situasi baharu

Saniah Sayuti et. al. (2000) menyatakan bahawa kemahiran belajar biasanya terbahagi kepada dua bahagian yang utama:
ha

4.1 PEMBACAAN CEPAT
 
menurut definisi Howard Stephen Berg “Speed Reading” adalah sebuah koleksi metode yang ditujukan untuk meningkatkan kecepatan membaca tanpa banyak mengurangi pemahaman terhadap bahan bacaan. Banyak sekali metode-metode speed reading yang sudah dikembangkan yang menggunakan bermacam-macam teknik psikologi.
 
Beberapa langkah untuk dapat meningkatkan kemampuan membaca adalah:
 
 
 
4.1.1 skimming (luncuran)
  • skimming–kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat.
  • tujuan:
    • untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen.
    • membolehkan pelajar untuk membuat pandangan umum mengenai dokumen dengan segera
    • Mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen
    • Pandangan umum mengenai dokumen dengan segera
  • cara-cara
    • Fokus kepada bahagian tertentu dalam buku seperti pengenalan, tajuk utama dan rumusan
    • Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bahan yang dibaca
    • Membaca dengan pergerakan mata yang dekat
    • Membaca tajuk pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
4.1.2 scanning (imbasan)
  • scanning–kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendaam daripada skimming.
  • tujuan
    • untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan kepada sesuatu persoalan seperti membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan.
4.2 PEMBACAAN PERLAHAN
 
  • tujuan
    • Untuk membuat analisis
    • Supaya lebih faham
    • Dapat menilai bahan bacaan
    • Memahami arahan yang diberikan seperti dalam latihan dan soalan
    • Dapat mengingat maklumat dengan lebih berkesan
 
TEKNIK SQ3R
  • SQ3R ialah teknik membaca perlahan yang telah diperkenalkan oleh Robinson (1961).
  • Ia merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam sesuatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.
  • maksud SQ3R?
    • S- SURVEY (MENGKAJI)
    • Kaji bahan bacaan dan dapatkan isi kandungan
    • Baca prakata, tajuk, tajuk kecil dan sub-tajuk
    • Baca keterangan, carta dan grafik
    • Baca rumusan
    • Melihat bagaimana maklumat disampaikan
    • Lihat sepintas lalu pada pendahuluan, ringkasan dan rumusan
 
    • Q- QUESTION (MENYOAL)
    • Menyoal perkara yang berkaitan dan bersesuaian
    • Menukar tajuk dan sub-tajuk kepada bentuk soalan
    • Menyoal; “apa yang saya tahu tentang tajuk ini?”. Kaitkan dengan apa yang dibaca
    • Bersoal jawab dengan rakan-rakan
    • Menjawab soalan yang terdapat di akhir bab
 
  • 3R- READ (MEMBACA)
    • Baca perlahan pada petikan yang sukar
    • Ambil perhatian pada petikan atau frasa yang penting
    • Catatkan nota yang bergaris, huruf italic, dan kenyataan yang ditebalkan
    • Dapatkan contoh yang lengkap yang boleh menerangkan maklumat yang dibaca
    • Ulang baca dan tumpukan pada kata kunci
 
  • 3R- RECITE (MENYEBUT)
    • Cuba faham dan imbas kembali dengan menyebut semula
    • Gunakan deria untuk memudahkan proses mengingat
    • Imbas kembali apa yang dibaca dengan menggunakan teknik penyoalan
 
  • 3R- REVIEW (MENGULAS)
    • Ulas semula maklumat yang dibaca
    • Ulas soalan dan jawapan
    • Buat ulasan nota
    • Gunakan kad imbasan pada soalan yang sukar
    • Buat rumusan pertama sebaik sahaja selesai belajar
 
  • TEKNIK MEMBACA KWLH
    • KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:
    • K (KNOW)- apa yang telah diketahui (sebelum membaca)
    • W (WANT)- apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)
    • L (LEARNED)- apa yang telah diketahui (selepas membaca) 
    • H (HOW)- bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk pembacaan seterusnya)
  • TEKNIK MEMBACA DI ATAS MENERANGKAN BAHAWA PEMBACA PERLU:
    • Mengingat dahulu apa yang telah diketahui
    • Membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui
    • Melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih)
    • Mengetahui apa yang telah diperoleh daripada pembacaan yang baru dilakukan
    • Menentukan lagi apa yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya)
 
TEKNIK INI MEMBOLEHKAN PARA PELAJAR:
  • Mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca
  • Menentukan apa yang telah diperoleh daripada pembacaannya
  • Menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya memerlukan maklumat tambahan

Blog at WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started